SUMBANGAN PIBG

Seperti yang dipersetujui dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-34 tahun 2018 dan mesyuarat AJK PIBG Bil 4/2018, sumbangan PIBG tahunan akan digunakan seperti ketetapan berikut dan tertakluk atas perubahan dan penambahan di dalam mesyuarat AJK PIBG:




BIL
NAMA AKTIVITI / SUMBANGAN
JUMLAH
SUMBANGAN
1
Sumbangan wakil murid ke peringkat negeri *
RM 30/ murid
2
Sumbangan wakil murid ke peringkat kebangsaan *
RM 50/ murid
3
Sumbangan Hari Sukan Sekolah (4 rumah sukan)
RM 800
4
Sumbangan Majlis Hari Guru Tahunan
RM 200
5
Sumbangan persaraan guru
RM 250
6
Sumbangan program bacaan Yaasin dan solat hajat UPSR tahunan
RM 400
7
Majlis Hari Anugerah Cemerlang tahunan
RM 5000
8
Sumbangan murid “6A” UPSR **
RM 100 /murid

Perhatian !

*Sumbangan untuk murid wakil daerah/negeri hanyalah untuk aktiviti sukan / ko-akademik  sahaja.
1. Jika 10 orang murid ke bawah (Persendirian) : RM 30 wakil daerah MSSPk, RM 50 wakil negeri MSSM 
2. Jika pasukan lebih 10 orang : RM 200 hanya untuk peringkat daerah MSSPk.
3. Untuk sumbangan murid, perlu ada surat rasmi dan untuk penyertaan peringkat MSSPk, dan MSSM sahaja. 
4. Kejohanan terbuka, anjuran swasta tidak diambil kira.

** Sumbangan murid "6A" UPSR
1. Jika kurang daripada 3 murid mendapat "6A", sumbangan RM 100 / murid
2. Jika lebih daripada 3 murid mendapat "6A", sumbangan RM60 / murid

No comments:

Post a Comment

PENGESAHAN KEHADIRAN IBU BAPA KE MESYUARAT AGUNG PIBG 2020

Salam ibu bapa/ penjaga yang dihormati. Mengikut sistem e-sarana, sekolah kita mempuyai 930 keluarga. PERHATIAN. Sila sahkan kehadiran anda ...