Saturday 24 February 2018

APA ITU SARANA SEKOLAH ?

Sarana sekolah merupakan satu usaha yang diperkenalkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 untuk membabitkan penglibatan komuniti setempat dalam aktiviti sekolah.
Dalam konteks di SK PTLDM1, komuniti setempat membabitkan seluruh warga Pangkalan TLDM Lumut dan juga sektor swasta yang ada dalam pangkalan ini.

Sarana sekolah dapat membantu dalam aspek berikut :
  • idea
  • kewangan
  • tenaga kerja
  • bahan-bahan
  • informasi

Dalam sarana sekolah, terdapat satu jawatankuasa komuniti yang khas dinamakan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) yang mewujudkan gerak kerja yang dinamakan Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK). Lihat rajah di bawah untuk pemahaman yang lebih lanjut.

Justeru dengan melibatkan diri dalam KSIB dan PIBK, sarana sekolah akan dapat dipacu dengan lebih berkesan dan holistik melibatkan seluruh warga Pangkalan TLDM.
Ayuh! Sertai KSIB SK Pangkalan TLDM 1 dengan menghadiri mesyuarat agung PIBG pada 10 Mac 2018 ini.

No comments:

Post a Comment

PENGESAHAN KEHADIRAN IBU BAPA KE MESYUARAT AGUNG PIBG 2020

Salam ibu bapa/ penjaga yang dihormati. Mengikut sistem e-sarana, sekolah kita mempuyai 930 keluarga. PERHATIAN. Sila sahkan kehadiran anda ...