Thursday 13 September 2018

EKSPEDISI BERBASIKAL SAYANGI MALAYSIAKU 2018



Program kayuhan berbasikal ini telah diadakan bersempena dengan sambutan bulan kebangsaan 2018. Kayuhan ini dibuat mengelilingi kawasan Pangkalan TLDM dan juga jalan sekitar pekan Lumut melibatkan perjalanan sejauh 14 kilometer.Program ini telah disertai oleh 90 murid-murid SK Pangkalan TLDM serta ibu bapa yang datang membantu. Program ini telah melibatkan kerjasama pelbagai pihak termasuklah KD Malaya, PROTELA, Hospital Angkatan Tentera dan juga Marrybrown TLDM.Program ini bertujuan sebagai satu senaman bagi murid-murid di samping menyerlahkan penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan kepada semua warga Pangkalan TLDM. Pautan ke video program :


Wednesday 12 September 2018

BACAAN YASIN DAN SOLAT HAJAT SEMPENA UPSR


Majlis Bacaan Yaasin dan solat hajat ini ini telah dianjurkan oleh Panitia Pengajian Agama Islam sekolah dengan kerjasama semua AJK guru. Majlis ini bertujuan memohon bantuan dan rahmat daripada ILAHI bagi memudahkan urusan murd-murid tahun 6 menghadapai UPSR 2018. Pihak PIBG telah menyumbangkan dana bagi tujuan pembelian kismis dan juga makan malam untuk majlis ini. Semua ibu bapa murid tahun 6 serta AJK PIBG telah dijemput bagi menjayakan majlis bacaan Yaasin serta solat hajat pada tahun ini.

PENGESAHAN KEHADIRAN IBU BAPA KE MESYUARAT AGUNG PIBG 2020

Salam ibu bapa/ penjaga yang dihormati. Mengikut sistem e-sarana, sekolah kita mempuyai 930 keluarga. PERHATIAN. Sila sahkan kehadiran anda ...