Wednesday 27 December 2017

HARI PENDAFTARAN TAHUN 1 2018

Tarikh : 26 Disember 2017
Hari pendaftaran tahun 1 dijalankan pada setiap tahun bagi mengenalpasti bilangan murid yang akan menduduki tahun 1 bagi sekolah ini. Untuk pendaftaran kali ini, seramai 208 orang murid telah mendaftar dan dimasukkan ke dalam 9 kelas.
Diharapkan murid-murid ini dapat menjalani sesi persekolahan dengan jayanya.



Friday 8 December 2017

ARKIB PROGRAM PIBG PENGGAL 1 2017 (JAN-JUN 2017)



NAMA PROGRAM : HARI PENDAFTARAN TAHUN 1 2017
TARIKH : 22 DISEMBER 2016
TEMPAT : KANTIN SKP TLDM 1
ULASAN :
Program pendaftaran Tahun 1 2017 ini bertujuan untuk mendapatkan bilangan sebenar murid yang akan mendaftar pada sesi persekolahan tahun 2017. Di sekolah ini, bagi tahun 2017, terdapat sebanyak 9 kelas yang akan dibuka bagi murid tahun 1. Seramai 262 orang murid telah mendaftar daripada 270 orang murid yang dijangkakan.
Semasa poragram pendaftaran pada tahun ini juga diadakan ujian bertulis yang ringkas bagi mengenalpasti tahap penguasaan murid dalam pendidikan dan akan ditempatkan mengikut tahap yang sesuai pada 9 kelas yang berbeza.
GAMBAR AKTIVITI :
  

PROGRAM : MAJLIS AKU JANJI PELAJAR (HARI PENETAPAN TARGET) TAHUN 6 2017
TARIKH : 15 FEBRUARI 2017
TEMPAT : DEWAN SEKOLAH SKP TLDM 1
ULASAN :
Majlis Aku Janji ini dijalankan dengan anjuran bersama PIBG dan pihak sekolah. Ia bertujuan bagi memberi semangat kepada murid-murid untuk berikrar bagi menempuh peperiksaan UPSR yang akan tiba nanti. Program ini melibatkan semua murid tahun 6 dan ibu bapa masing-masing.
Program ini tamat pada jam 11.30 pagi.
GAMBAR AKTIVITI :

 
 
NAMA PROGRAM : GOTONG ROYONG PIBG 2017
TARIKH : 15 FEBRUARI 2017
TEMPAT : BANGUNAN BLOK C
ULASAN :
Gotong royong PIBG pada kali ini mellibatkan ibu bapa murid tahun 5 sahaja dan dibantu oleh staf sekolah. Aktiviti yang dijalankan ialah mengecat semula tiang pada Blok C yang sudah kusam di kedua-dua tingkat. Selain itu, program ini akan mengeratkan lagi hubungan antara guru dan ibu bapa.
Program ini telah tamat pada jam 6.00 petang.
GAMBAR AKTIVITI :

 

NAMA PROGRAM : MUSYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 33
TARIKH : 18 FEBRUARI 2017
TEMPAT : KANTIN SEKOLAH SKP TLDM 1
ULASAN :
Mesyuarat agung kali ke 33 ini telah dijalankan bagi membentangkan usul-usul yang telah diterima dari kalangan guru dan ibu bapa. Kehadiran ibu bapa menggalakkan dan semua usul dapat dibentangkan.
Pada mesyuarat agung pada kali ini, pihak YAPeiM telah memberi sumbangan cenderamat bagi acara cabutan bertuah. Mesyuarat agung kali ini telah dirasmikan oleh Dato Haji Azri Bin Jaafar, Pegawai Khas ADUN Lumut/ Pangkor.
GAMBAR AKTIVITI : 

  


NAMA PROGRAM : KEM TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR 2017
TARIKH : 20 MEI 2017
TEMPAT : DEWAN SEKOLAH SKP TLDM 1
ULASAN :
Program teknik menjawab soalan ini telah dianjurkan oleh ATM (Sel Pendidikan TLDM) dengan kerjasama PIBG dan Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah. Program ini telah berlangsung selama 1 hari dan melibatkan semua mata pelajaran teras bagi peperiksaan UPSR.
Program ini bertujuan bagi memantapkan lagi ilmu dan penguasaan murid-murid dalam mata pelajaran teras bagi mengahadapi UPSR.
GAMBAR AKTIVITI :

PENGESAHAN KEHADIRAN IBU BAPA KE MESYUARAT AGUNG PIBG 2020

Salam ibu bapa/ penjaga yang dihormati. Mengikut sistem e-sarana, sekolah kita mempuyai 930 keluarga. PERHATIAN. Sila sahkan kehadiran anda ...