Sunday 25 February 2018

SUKAN KOMUNITI SKPTLDM 1 2018

Sukan rakyat guru bersama ibu bapa.
Satu usaha menjayakan SARANA sekolah.

Ibu bapa dijemput untuk menghadiri sukan komuniti SK Pangkalan TLDM 1:
Tarikh : 3 Mac 2018 (sabtu)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Padang SK Pangkalan TLDM 1

Acara :
1. Lari berpasangan ⛹⛹
- pasangan sama jantina
- 2 kategori (L/P)
- 1 pasukan ada 3 pasangan
- larian untuk 5 lorong

2. Lari dalam guni ⛹
- 2 kategori (L/P)
- 1 pasukan ada 3 orang
- larian untuk 5 lorong

3. Acara tarik tali 🏋🏋🏋
- 2 kategori (L/P)
- 1 pasukan ada 10 orang
- bertanding antara 4 pasukan (kalah mati)

4. Balingan tayar 🏋🏋
- 2 kategori (L/P)
- penyertaan terbuka
- kiraan bagi 3 terbaik (terjauh)

Ayuh! Sama2 kita memeriahkan sambutan sukan komuniti peringkat sekolah kita..
Cabutan bertuah disediakan..


Saturday 24 February 2018

TRANSFORMASI JAWATANKUASA PIBG DAN KSIB

Menjelang pemilihan AJK PIBG yang baru bagi tahun 2018 (Mesyuarat Agung PIBG : 10/3/2018) struktur organisasi PIBG akan berubah dengan menspesifikkan bidang tugas AJK guru dan ibu bapa dengan lebih jelas. Struktur organisasi PIBG (kuatkuasa Mac 2018) adalah seperti berikut :

Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) juga akan dibentuk dalam Mesyuarat Agung PIBG pada kali ini dengan melibatkan struktur organisasi seperti yang berikut : 

Diharapkan urusan pelantikan jawatankuasa PIBG dan KSIB yang baru ini akan mendapat sambutan yang baik dari seluruh warga pangkalan TLDM Lumut dan berjalan dengan lancar.
Ayuh! Setrai KSIB dan membantu sekolah.

APA ITU SARANA SEKOLAH ?

Sarana sekolah merupakan satu usaha yang diperkenalkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 untuk membabitkan penglibatan komuniti setempat dalam aktiviti sekolah.
Dalam konteks di SK PTLDM1, komuniti setempat membabitkan seluruh warga Pangkalan TLDM Lumut dan juga sektor swasta yang ada dalam pangkalan ini.

Sarana sekolah dapat membantu dalam aspek berikut :
  • idea
  • kewangan
  • tenaga kerja
  • bahan-bahan
  • informasi

Dalam sarana sekolah, terdapat satu jawatankuasa komuniti yang khas dinamakan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) yang mewujudkan gerak kerja yang dinamakan Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK). Lihat rajah di bawah untuk pemahaman yang lebih lanjut.

Justeru dengan melibatkan diri dalam KSIB dan PIBK, sarana sekolah akan dapat dipacu dengan lebih berkesan dan holistik melibatkan seluruh warga Pangkalan TLDM.
Ayuh! Sertai KSIB SK Pangkalan TLDM 1 dengan menghadiri mesyuarat agung PIBG pada 10 Mac 2018 ini.

PENGESAHAN KEHADIRAN IBU BAPA KE MESYUARAT AGUNG PIBG 2020

Salam ibu bapa/ penjaga yang dihormati. Mengikut sistem e-sarana, sekolah kita mempuyai 930 keluarga. PERHATIAN. Sila sahkan kehadiran anda ...