Tuesday 30 April 2019

HARI SUKAN TAHUNAN SEKOLAH 2019


TARIKH : 30 APRIL 2019
TEMPAT : STADIUM TLDM LUMUT
ULASAN :
Sukan sekolah setiap tahun diadakan pada bulan April 2018. Sukan ini meliputi acara padang dan acara trek yang melibatkan semua murid dari pra sekolah hinggalah ke tahun 6. Peranan PIBG dalam aktiviti ini ialah membantu pihak sekolah dalam penyediaan makanan dan minuman serta memberikan sokongan moral kepada anak-anak yang bertanding dalam acara yang tertentu. Seramai 330 orang ibu bapa telah hadir dalam membantu aktiviti sukan sekolah pada tahun ini.


Tuesday 16 April 2019

PROGRAM TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR 2019



TARIKH : 15 & 16 APRIL 2019
TEMPAT : DEWAN AUDITORIUM, KD PANGLIMA HITAM, TLDM
ULASAN :
Program teknik menjawab soalan ini telah dianjurkan oleh pihak sekolah dengan kerjasama TLDM untuk menyediakan tempat di KD Panglima Hitam. Program ini telah berlangsung selama 2 hari dan melibatkan pengisian bagi semua mata pelajaran teras bagi peperiksaan UPSR.


Saturday 13 April 2019

GOTONG ROYONG PIBG 2019


TARIKH : 13 APRIL 2019
TEMPAT : SK PANGKALAN TLDM.
ULASAN :
Gotong-royong pada kali ini melibatkan kerjasama antara PIBG dan KD Pelandok dalam melaksanakan program “Jiwa Murni” di sekolah ini.
Seramai 90 anggota tentera laut hadir ke sekolah bagi mengecat semula fasiliti di sekolah dan menyelenggara lanskap sekolah supaya lebih baik.


PENGESAHAN KEHADIRAN IBU BAPA KE MESYUARAT AGUNG PIBG 2020

Salam ibu bapa/ penjaga yang dihormati. Mengikut sistem e-sarana, sekolah kita mempuyai 930 keluarga. PERHATIAN. Sila sahkan kehadiran anda ...